Sekolah Kebangsaan Sungai Serai telah di buka pada 1 Mei 1966. Dengan bilangan murid 42 orang dari pelbagai umur dengan 4 orang guru menumpang di Balai Raya Kampung Sungai Serai. Guru Besar yang pertama ialah Cikgu Akasah bin Hj Taib. Beliau di bantu oleh 3 orang guru yang lain Cikgu Esah, Cikgu Ali dan Ustaz Dawam. Pada tahun 1967, kerajaan telah meluluskan pembinaan bangunan baru separuh kayu dan separuh batu sebagai bangunan kekal Sekolah Kebangsaan Sungai Serai di atas tanah seluas 7 ekar.Bangunan baru ini mengandungi 3 buah kelas, satu ruang pejabat dan bilik guru besar. Pada tahun 1968 murid – murid mula berpindah ke bangunan baru. Bangunan ini telah di rasmikan oleh Dato’ Harun bin Idris iaitu Menteri Besar Selangor pada 5 Mac 1969. Oleh kerana kekurangan tempat bagi menampung 6 kelas yang berbeza tahap umur, setiap kelas telah di jadikan kelas bergabung.